Monday 12 December 2011

Sejarah Sukan atau Permainan Bola Baling

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu  permainan yang  baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh  Lim Hock Han. Persatuan  Bola  Baling  Olimpik  Selangor  dan  Wilayah Persekutuan  secara   rasminya  telah didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai  presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan  ini  telah  menjadi  ahli  gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola  Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Disember 1985 di mana 11 pasukan telah       
mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah permainan ini,sila klik di sini : 
http://www.scribd.com/doc/8581480/Sejarah-Bola-Baling

Sunday 11 December 2011

Langkah-langkah Pengajaran Bola Baling

Contoh                :

Langkah-langkah Pengajaran



Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
( 5 Minit )
Memanaskan badan
1.    Guru bersoaljawab meminta murid menyatakan tentang permainan/sukan yang menggunakan bola.  

2.    Permainan Pat-Pat Siku Lipat.  


1.    Murid memberi respon pelbagai jawapan



2.    Murid didedahkan dengan ketangkasan
     

Langkah 1
( 5 minit )
Pengenalan mengenai permainan
1.Guru menceritakan serba sedikit mengenai sejarah permainan dan bersoal jawap dengan murid

1.    Murid memberi tumpuan dan ikut tunjuk cara



Langkah 2
( 10 minit )
Mengenal permainan
1.     Guru melakukan contoh demontrasi menghantar dan menerima bola bersama murid.


2.     Guru melakukan contoh                         demontrasi menghantar lantunan dan menerima bola bersama murid
     

.
1.    Murid memberi tumpuan dan ikut tunjuk cara


ABM :
Bola,murid
Langkah 3
( 10 minit )
 Asas permainan
1.     menghantar dan menerima bola bersama pasangan murid dalam jarak 10 langkah.


2.  menghantar dan melantun bola bersama pasangan murid dalam jarak 10 langkah.



1.murid melakuan sambil tunjuk cara diberikan oleh guru.



ABM :
Bola,skital
Langkah 4
( 10 minit )
Ansur maju permainan
1.     menghantar dan menerima bola bersama pasangan murid dalam jarak 15 hingga 20 langkah.


2.  menghantar dan melantun bola bersama pasangan murid dalam jarak 15 hingga 20 langkah.


1.murid melakuan sambil tunjuk cara diberikan oleh guru.




ABM :
Bola,skital
Langkah 5
( 20 minit )

Penutup
Permainan kecil

Menyejuk badan dan refleksi
1. Guru menjadikan murid kepada dua kumpulan.
   
2.  Undang-undang :
·         Penjaga gol tidak dibenarkan bergerak dan tangan cuma di atas untuk menangkap
·         Terlepas dari tangkapan mata diberikan kepada pihak lawan.
·         Tidak boleh melompat atau rebut bola dari pihak lawan.
·         Halangan cuma tangan diatas
·         Hantaran mestilah dilakukan statik tidak dalam keadaan berlari.

3. Guru meminta murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dan sesi refleksi.
1.Bola Lontar

























ABM :
Bola,skital

Rancangan Pengajaran Harian Bola Baling

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran            : Pendidikan Jasmani

Kelas                           : 4 Cemerlang

Masa                           : 7.35 pagi – 8.35 pagi

Bilangan murid            : 20 orang

Tajuk                           : Bola Baling

Tunjang                       : Kemahiran

Hasil Pembelajaran     : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :                        
                                                 

Objektif                       : 1. Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik
                                          yang betul. (Psikomotor)
                                      2. Menyatakan peralatan dan fungsinya. (Kognitif)     
                                      3. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana
                                          yang menyeronokkan. (Afektif)

Aktiviti/kemahiran       : 1. Melakukan kemahiran asas permainan bola baling
a.    Hantaran
b.    Menerima

      Contoh Aktiviti
    
   Hantaran  : aras bahu,aras dada,aras kepala,
                      aras bawah pinggang,lantunan.

                                                   Menerima : dari hadapan,dari atas,dari sisi,dari bawah

Nilai Murni                               : Bekerjasama,semangat ingin tahu

Alat Bantu Mengajar               : Skital,bola